Travel KL 2017 (III) - Hati-hati yang Dibawa Pulang Jauh ke Utara

Atok dan maktok begitu merindui cucu-cucunya di Kajang. Kerinduan itu berhasil mengumpulkan anak-anak nya untuk berpakat membawa mereka ke bandar sate tersebut. Setelah berkumpul keluarga besar itu, mereka berkelah dan berlibur di Taman Botani Putrajaya.

HARI KETIGA: HATI-HATI YANG DIBAWA PULANG JAUH KE UTARA

Tiada sangat gambar-gambar menarik untuk dijamu pada catatan hari ini. Cuma kisah sebelum dibawa pulang kembali hati-hati ini jauh ke utara.




Hari ini hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Beberapa buah pesawat terbang di atas pekan Kajang yang rehat sedikit hari ini, setelah hari-hari sebelumnya sangat sibuk dan sesak dari pagi sampai ke malam - lebih-lebih lagi setelah siap pembinaan MRT. Tidak lama kemudian pesawat-pesawat itu muncul di kaca TV ruang keluarga setelah perarakan tentera, badan beruniform beserta jentera-jentera mereka.

Dalam ralit menonton perarakan hari merdeka itu datang Uncle Apar, sepupu abah berjumpa sebentar dengan sepupunya yang benar-benar sudah lama tidak berjumpa.

Atok dan maktok pula sudah puas rindu mereka kepada cucu-cucunya.

Dan yang lain perlu ke Utara kerana masing-masing sudah ada rancangan pada hari raya Aidiladha esok.

Pendek cerita tayar pun berpusing meninggalkan rumah Kak Lina.

Perjalanan melalui Lebuhraya Guthrie lancar tanpa banyak kenderaan. Kelancaran jalan benar-benar berubah bila masuk sahaja ke Lebuhraya PLUS melalui Rawang.

"Abang, mak tanya sesak sampai mana?" Tanya Nurul lewat telefon bimbit.

"Sepanjang jalan." Telah abang.

Benar telahan abang. Perjalanan pulang ke utara yang biasa mengambil masa enam jam memakan masa selama lebih 12 jam. Lebih-lebih lagi apabila Dato' Sri Najib berbesar hati mengurniakan cuti sempena kemenangan pasukan Malaysia dalam Sukan Sea.

Esok Raya Aidiladha. Tapi kami sampai rumah lewat malam, lebih tepat lagi pagi raya, pada pukul 2 pagi. Nurul pula terus membawa abah dan mak menuju ke Jitra.

Ulasan

Catatan Popular