Travel KL 2017 (I) - Atok yang Merindui Cucu-cucunya

Suatu malam sedang abah baring-baring, tiba-tiba dia meluahkan pada mak,

"Saya nak ke KL lah, hendak tengok cucu, rindu... Kita pergi berdua pun tak apa, saya drive."

Naluri seorang atok yang rindukan cucu-cucunya. Tapi mak tok kurang bersedia.

Maka jawab mak, "Awak pergilah seorang diri."

Abah diam. Namun selepas malam itu, kerinduan yang sama mengalir dalam nubari mak tok. Rindu keletah Muaz yang becok bercakap. Rindu liuk lentok Iqbal yang comel. Rindu pada cucu-cucu di Kajang, juga cucu-cucu yang makin besar di Tampin.

Hasrat hati atok dan mak tok (mak dan abah) itu diluahkan kepada Khadijah, anak si bongsu. Anak yang baik lagi setia menemani dan melayani ibu dan ayah yang tercinta. Seterusnya hasrat itu disampaikan kepada abang dan kakak-kakaknya.

Tertubuhlah grup, 'TRAVEL KL - 29/8'.

Perjalanan dari utara tanah air ke Kajang dirancang.

Persiapan dibuat.

Dulu senang nak turun ke KL, servis kereta, pek baju dan jalan.

Kali ini terasa susah pula, sejak abang dan Aisyah berkahwin.

Anak-anak Ali Ahmad gembira bila Aisyah dan Fauzi pun mahu turut serta. Kalau jadi perjalanan kali ini, maka inilah kali pertama keluarga besar Dr. Ali Ahmad berhimpun bersama-sama. Termasuklah newcomer Ali 'Junior' dan dua lagi yang bakal menganggotai keluarga Dr. Ali yang besar ini. InsyaAllah akhir tahun dan awal tahun depan.

29 Ogos pun tiba. Pagi nya mak dan Khadijah ambil Nurul di stesen bas, yang pulang beraya dari Kelantan. Selepas Subuh masing-masing sibuk menyempurnakan persiapan untuk travel. Pukul 10 pagi selesai kemas barang dan bersedia untuk bertolak ke Kajang.

Macam biasa Kak Ifah merempit Perodua Myvi merah nya. Fauzi tak terkejarkan, bahkan 'ekor' pun tak nampak. Jadi sebelum masuk KL, masing-masing berjanji untuk berjumpa di Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Dari Restoran Jejantas Sungai Buloh Abang Hafiz mendahului dengan kereta Myvi merah menunjukkan jalan ke rumah Kak Lina di desa Sungai Kantan, Kajang. Alhamdulillah, dalam jam 5 petang kami sampai ke sana.



CUCU-CUCU ATOK







So intense... Sesi cerita hantu oleh Andak











Ulasan

Catatan Popular