Travel KL 2017 (II) - Rindu yang Terubat

Petang kelmarin kami sampai di rumah Kak Lina di Desa Sungai Kantan, Kajang. Kami keluarga besar Dr. Ali Ahmad, sepuluh orang datang ke Kajang dari Sungai Petani dengan dua buah kereta.

Dulu mudah saja nak datang ke KL, servis kereta, pek baju dan jalan. Tapi semenjak abang Hafiz dan Aisyah sudah berkahwin, macam susah pula nak pergi ke sana.

Tapi apa-apa pun Alhamdulillah, bersyukur kami sudah sampai dan berjumpa dengan kakak dan anak menakan di sini.

HARI KEDUA: RINDU YANG TERUBAT

Seperti biasa bila berjumpa dengan anak-anak menakan (anak saudara), pak cik dan mak cik cuba menghiburkan kanak-kanak ini. Oleh sebab ramai kali ini, dan sememangnya ramai (lapan orang anak saudara), tempat jalan-jalan yang terbaik tentulah tempat yang termurah dan puas bergiat. Selalunya kami ke Taman Botani Putrajaya dan berbasikal di sana.

Pukul 10 pagi, Nurul yang dikenali sebagai andak oleh anak-anak menakan (anak saudara) menukar karier dari seorang pelajar perubatan yang cemerlang kepada pembuat sandwich telur. Cadangnya mahu berkelah di Taman Botani.

Pukul 11 pagi, bertolak ke Putrajaya yang mana kalau di atas peta cuma bersebelahan sahaja dengan Kajang. Kurang lebih 20 minit melalui Lebuhraya Kesas, kami pun sampai di Taman Botani.

Andak (Nurul) cergas kehulu-kehilir mengangkat barang dan mencari tempat berkelah. Pak menakan dan mak menakan lain pun membantu. Muhsin sudah membentak-bentak, janji untuk menaiki basikal masih belum ditepati. Sabarlah Muhsin...

Pendek cerita, anak-anak menakan termasuk pak mak menakan semua keletihan selepas berbasikal. Sila menjamah hidangan gambar yang tak seberapa. Banyak sudut-sudut menarik di sini, tapi bila teruja dengan berbasikal (lama dah tak mengayuh), lupa kamera di bahu.

(Pak menakan bermaksud bapa saudara dalam bahasa utara, begitu juga dengan mak menakan membawa maksud ibu saudara. Oleh itu anak menakan bermaksud anak saudara)












Setelah penat berbasikal, kami singgah dulu di Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin yang lebih terkenal dengan Masjid Besi. Kami yang dari pekan kecil Sungai Petani ini terkagum-kagum dengan binaan masjid tersebut termasuklah bangunan-bangunan di sekitarnya.







abc



Petangnya Kak Liza, Abang Mat bersama-sama anak-anak menakan dari Tampin pula yang sampai. Seperti biasa bila berkumpul ramai-ramai antaranya dihidangkan Satey Hj Samuri.

Atikah berkongsi pengalamannya yang sangat menarik di Acheh. Sepupu yang lain bersama-sama mak menakan dan maktok pun khusyuk mendengar.


Ulasan

Catatan Popular